Hari ini, tahun baru. nak tulis semalam, tapi tdk kesampaian. pagi, sibuk dengan agenda kerja, petang, beri peluang pada anak-anak nak cari barang-barang yang mereka perlukan. Kak Long akan balik ke kampus 2hb, Nadia akan ke plkn 3hb, adik akan kembali ke sekolah. semuanya perlukan macam-macam benda. Di kompleks beli belah, suasana macam dekat Hari Raya. Di sana-sini penuh dengan orang. Memang ada juga yang mencelah di sebalik kesibukan ibu bapa, contohnya penyeluk saku, bujang dara yang membina cinta, dan macam-macam lagi.
Sempena tahun baru ini saya berharap agar apa yang dimimpikan menjadi kenyataan. Hidup tentunya jadi semakin singkat buat kita semua, namun, dengan apa yang kita ada, kita jadikan apa yang kita dapat berikan pada anak-anak dan generasi seterusnya sebagai bekalan. Dan segala bekalan yang kita tinggalkan di dunia ini, kelak akan menjadi bekalan kita di akhirat juga!
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment