Kehidupan sering dikaitkan dengan warna, dan warna-warna kehidupan adakalanya cerah dan ceria, dan selalu juga muram dan suram. Dari segi kesihatan, setiap insan mengharapkan agar dirinya sentiasa segar bugar, kuat bertenaga dan dapat berfikir dengan sempurna. Tanpa kemampuan tersebut, aktiviti hidup terganggu, kerja tertangguh, kebahagiaan tergugat.
Sakit tidak pernah diminta, tetapi sesiapa pun tidak dapat menjamin kekal sihat sepanjang masa, sepanjang hayat. Namun sakit boleh dikurangkan, malah disembuhkan, jika kena dengan ubatnya dan tentu sahaja dengan kehendak Yang Maha Kuasa.Kalau kita berpegang kepada kata-kata orang tua, malah merupakan pesanan doktor juga, mencegah penyakit itu jauh lebih baik daripada mengubatnya. Namun kita boleh lakukan kedua-duanya, kerana sekiranya kita telah terkena sesuatu jenis penyakit, belum tentu kita tidak akan mendapat penyakit yang lain pula. Sekiranya kita tidak pernah sakit sekali pun, badan kita tidak mungkin kekal elok selama-lamanya. Pemakanan, persekitaran, gaya hidup dan pertambahan usia memungkinkan segala-galanya.
TRANSFER FACTOR adalah suatu penemuan sains yang juga menunjukkan kebesaran Tuhan, yang menganugerahi alam ini dengan keajaiban-keajaibannya. Nyatalah, hasil 'iqrak' (bacalah (dengan nama Tuhan-Mu)) telah menghasilkan kejayaan apabila manusia dapat meneroka alam ini dengan hanya setitik ilmu yang dianugerahi-Nya. Transfer factor (dipatenkan, halal, suci, dari sumber asli) adalah suatu revolusi dalam bidang sains kerana hasil penemuannya, banyak nyawa dapat telah diselamatkan.Penderita-penderita kanser, jantung (pembunuh senyap), kencing manis, darah tinggi antara yang mengancam kita hari ini, dapat diselamatkan.
Ini bukan omongan. Data-data sah dari kajian-kajian sains yang dilakukan di hospital dan universiti mendapati, penggunaan produk transfer factor merupakan alternatif yang sangat berkesan dalam merawat pesakit-pesakit berkenaan. Satu daripadanya, kajian yang dijalankan di Universiti Malaya ke atas 20 pesakit kanser peringkat ke-3 dan ke-4, 16 daripadanya telah dapat diselamatkan! Produk keluaran Amerika Syarikat ini digunakan di hospital kerajaan Rusia! Produk ini Tentu sahaja ini merupakan berita gembira buat kita dalam usaha melindungi diri atau merawatnya.
No comments:
Post a Comment