Wednesday, December 23, 2009
MLM
Selepas WAW terasa benar kekuatan, keberanian dan kesungguhan datang dalam diri. Selama ini bukan tiada keberanian tetapi, ada juga ketakutan yang mengiringi. Orang yang hendak ditemui tentulah pelbagai ragamnya. Niat kita hendak menyampaikan maklumat, membantu dan mencadangkan produk yang diperlukan untuk merawat penyakit, jika ada, (saya menumpukan pada produk kesihatan; sebab saya sangat mengambil berat tentang kesihatan saya. Memandangkan produk berkualiti agak mahal harganya, maka menyertai rangkaian mlm dapat membantu saya mendapatkanya pada harga lebih rendah, malah percuma dan mendapat keuntungan bonus yang tinggi bila kita rajin memperkenalkannya pada orang lain) dan yang menariknya, boleh berkongsi peluang memperoleh pendapatan lumayan (dengan cara yang jujur dan mulia) Namun, apa yang kita lakukan tidak selalunya disambut baik oleh orang yang kita temui. Ada yang berasa kita mengganggu dia, tidak kurang ada yang tidak senang kerana kita dianggap cuba mengajar dia memilih sesuatu, dan ada pula yang menganggap kita hendak mendapatkan wangnya!Kini saya tidak peduli lagi semua itu. Pada saya mlm adalah sebaik-baik dan semurni-murni jalan untuk mencipta kekayaan (dengan izin Allah swt) kerana dengan usaha kita memperkenalkan sesuatu kepada orang lain, seterusnya membentuk rangkaian kita sendiri, maka kita boleh merancang seterusnya memperoleh sesuatu yang kita idam-idamkan. Kita juga dapat membantu orang lain merungkaikan kesulitan mereka. Mlm mudah kerana kita tidak perlu ada pejabat, mengupah pekerja dan meluangkan masa untuk menunggu di sesuatu premis yang belum tentu dikunjungi pelanggan. Terbukti, mlm adalah jalan pintas mencipta jutawan. Sebab itu, ketika dunia di rundung kemelesetan ekonomi, syarikat mlm mencipta kemewahan. Orang-orang kaya baru lahir dalam kalangan mereka. Jadi sekarang, tunggu apalagi? Pedulilah orang yang memandang sinis pada saya ketika saya menyerahkan risalah pada mereka atau menegur mereka kerana saya percaya saya melakukan sesuatu yang baik. Saya berimpian, saya bercita-cita, maka terserah pada saya sendiri untuk memilih cara saya mendapatkannya. Kalau bukan saya yang melakukannya, siapa lagi? Kalau saya tidak memulakan langkah saya sekarang, bila lagi? Dan hanya pada Dia saya berserah dan memohon keberkatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment