WAW! WAW! WAW! We Are Winners! 4 hari yang padat dengan pengisian program motivasi sambil bersantai benar-benar memberikan impak maksimum pada 150 ahli 4Life Winners yang datang dari seluruh Semenanjung dan disertai oleh rakan niaga dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Program 2 kali setahun ini telah diwujudkan sejak 2006 untuk mempertingkatkan semangat dan keupayaan ahli dalam menjalankan perniagaan produk Transfer Factor secara mlm dari syarikat 4Life.
Pertemuan ahli yang datang dari pelbagai latar belakang kehidupan dan kerjaya; doktor, guru, pegawai eksekutif, peguam, ahli perniagaan, guru agama, usahawan TF sepenuh masa, pelakon, pengacara, surirumah dan pelajar IPT, membuka peluang untuk ahli-ahli memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan sesama mereka. Jelas terpancar hasrat dan minat yang mendalam dalam diri masing-masing untuk mengusahakan perniagaan ini dengan lebih bersemangat. Testimoni tentang kehebatan produk ini telah meningkatkan keyakinan peserta untuk berbakti lebih jauh kepada masyarakat dan dalam masa yang sama, menanam hasrat yang mendalam untuk mencapai pulangan lumayan melalui kerja keras dan tidak menyerah kalah dengan pelbagai rintangan yang dihadapi. Kemurungan ekonomi dunia tidak akan menjejaskan pendapatan dan ia akan pasti diatasi dengan keazaman yang kuat dan sikap positif yang dibina sepanjang program yang diadakan.
Selagi ada manusia di dunia ini, maka keperluan untuk meningkatkan kesihatan akan terus wujud. Yang sakit pasti mencari ubatnya, yang sihat pula perlu mempastikan dirinya terpelihara dari serangan penyakit. Memandangkan Transfer Factor sangat selamat, cepat bertindak memulihkan penyakit serta sesuai kepada semua orang tidak kira bayi mahu pun orang tua,maka perniagaan ini pastinya akan terus mendapat sambutan.
"Yang perlu ada pada kita ialah keyakinan, kecekalan dan kesabaran untuk berusaha menyampaikan maklumat ini kepada orang ramai kerana khasiatnya yang luar biasa, mengatasi semua yang lain seperti mana yang dibuktikan melalui kajian saintifik, " kata Sherry Din, wanita bersemangat waja yang merupakan tulang belakang Kumpulan Winners, iaitu kumpulan yang paling berjaya di Asia.
Sherry membuka peluang mewujudkan jutawan dengan mengambil langkah berani membawa perniagaan ini ke Malaysia dan Singapura pada tahun 2003. Dengan sokongan keluarganya, antaranya, adik-beradiknya Sadik, Akram, dan Sara, Sherry berjaya meraih RM3juta pendapatan pada tahun ketiga dia mengusahakannya.
"Bonus-bonus yang ditawarkan oleh 4Life sungguh mengkagumkan. Tidak mustahil semua yang benar-benar mengimpikan untuk menjadi jutawan akan muncul dalam tempoh yang jauh lebih singkat dari perniagaan lain," katanya.
Sherry tidak bercakap sebarangan. Buktinya, para peserta yang hadir sudah memperoleh pendapatan sekitar RM5,000 hingga RM100,000 sebulan. Pelan pemasaran yang mudah, produk yang sungguh menakjubkan, menjadikan segalanya tidak mustahil. Jumlah terperinci akan saya berikan sedikit hari lagi.
Saya akan menyertakan gambar-gambar serta testimoni penderita pelbagai penyakit, termasuk mereka yang koma kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya dan tidak dijamin akan dapat disembuhkan. Ada yang telah terputus lidahnya, hatinya hancur , tetapi hari ini dia sihat sejahtera dan mengusahakan perniagaan ini.
Kepada rakan-rakan sekumpulan sepanjang program berlangsung, salam JUARA saya hulurkan. Kita telah menjadi juara hasil doa, gambaran (visual) kemahuan yang bersungguh- sungguh dan serta usaha/ ikhtiar yang kita lakukan.
Jumpa lagi.
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment