Sudah lebih seminggu tidak berkunjung ke blog ini. Beberapa perkara yang perlu diutamakan telah diselesaikan. Perjalanan awal dalam tahun ini licin dan padat. Sedikit gangguan...kena saman semasa letak kereta depan restoran dalam di Kajang. Cukup letih dan rimas bila terpaksa 'berenang' dalam kesesakan...hendak masuk parking pun terpaksa bergerak seperti barisan siput dan dalam setengah jam masih di tempat yang sama. Kalau bukan kerana Kak Long perlu mendapatkan keperluannya di situ, ampun! Tidak mungkinku harungi walau pun ia tidak sehebat lautan api!!!!
Rabu, 6 Januari, Adik menyambut hari lahirnya ke-16. Makan di Secret Recipes, bertiga dengan Hana, salah seorang kawan rapatnya. Hari ini dia menyambutnya pula di Alamanda bersama-sama dengan kawan-kawan sekelasnya. Hajat di hati nak jemput ustaz dan kawan-kawannya bertahlil...tunggulah, sedikit hari lagi. Mohon Allah swt perkenankan.
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan lalu genap setahun babah anak-anak kembali ke rahmatullah.Tahlil dibuat di kampung mentua, Kg Tengah, Tualang, Pokok Sena, Kedah. Tidak lama dapat berada di sana kerana tuntutan tugas yang tidak pernah susut. Tapi mereka gembira dengan kehadiran kami tiga beranak. Nadia tidak dapat menyertai kerana dia baru memulakan kuliah dalam program matriks di melaka.
ReplyDeleteKetika menyusuri jalan-jalan kampung teringat keadaan keadaan tempat itu 21 tahun lalu, semasa pertama kali berkunjung ke sana sebaik bergelar isteri. Rumah mentua, seperti mana kebanyakan rumah-rumah di sana, adalah rumah kayu berloteng. Bahagian atas rumah tidak begitu kukuh kerana ia hanya menempatkan satu bilik tidur. Bahagian luar bilik itu pula digunakan untuk menyimpan barang-barang. Tangganya pula kecil dan begegar bila kita melangkah. Jadi, kita mestilah berhati-hati menggunakannya. Bagaimana pun rumah atas itu selalunya dijadikan bilik pengantin. Bagi penduduk di sana mereka sudah biasa dengan keadaan itu, tetapi bagi diri saya, warga baru kampung itu, tentulah mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Tetapi hari ini, rumah-rumah sedemikian hampir tidak wujud lagi. Hampir seluruh kampung sudah dipenuhi rumah batu yang hebat-hebat.Rumah mentua saya pun kini sudah berubah menjadi banglo dan hampir tiga kali ganda saiznya daripada rumah asal. Apa tidaknya, setiap kali diadakan kenduri perkahwinan, bertambahlah bilik dan ruang. 6 anaknya sudah berumahtangga, cuma kini, seorang daripadanya sudah tidak lagi bersama kami...bersama kita.....Allah telah menjemputnya terlebih dahulu....
Saya juga menyedari, betapa wajah-wajah orang yang dikenali telah berubah. Yang dipanggil mak cik, pak cik sudah menjadi moyang. Pipi mereka kendur, jalan makin perlahan. Anak-anak kecil di kampung yang pertama kali ditemui dahulu, hari ini memimpin tangan anak-anak mereka sendiri. Maka kupandang wajahku di cermin...dan berkata...aku juga sudah berubah wajah, dan menyedari bahawa aku telah jauh melangkah di dunia yang menumpangkan aku ini...
Selasa, 22 Jun bertembung Nazri, rakan seperjuangan dalam 4Life. Orang lama dalam 4Life, yang selalu terpacul di pejabat Winners Shah Alam sebelum ini. Membina perniagaan, katanya, perlukan keberkatan daripada Allah SWT selain keyakinan diri. Seperkara lagi, katanya, orang menceburkan diri dalam perniagaan kerana mereka mahukan kekayaan. Kekayaan menjadikan mereka mampu 'membeli' kesihatan. Apa yang ramai masih belum nampak ialah betapa 4Life adalah perniagaan yang memang memberikan pulangan terbanyak, tertinggi, secara MLM (Lihat laporan rasmi syarikat-syarikat terlibat ...ada sesiapa hendak mencabarnya?)di samping memberi manfaat kesihatan tahap pakar. Sebab itu transfer factor dari 4Life kini terdapat di mana-mana termasuk di pusat rawatan pakar dan klinik-klinik di negara kita dan seluruh dunia. Saya bersyukur kerana telah menyertainya, dan tetap dengan niat saya, iaitu, menyebarkan kepada orang ramai demi kesihatan mereka dan bersama membina rangkaian untuk meneguhkan keupayaan kewangan.
ReplyDelete